Team Asatizah All Star - Nadi Al-Ittihad

Team ini ditubuhkan pada bulan April 2004 untuk menjadi wadah antara asatizah bergiat dalam sukan bolasepak. Antara anggota team ini ialah asatizah daripada MUIS, Pergas, Perdaus, Madrasah, Para Imam Masjid, Pegawai Agama Masjid, penceramah bebas dan lain-lain.

Monday, September 05, 2005

Tahniah !

Pertama sekali ana ingin ucapkan tahniah kepada kedua-dua team kita yang telah menang dalam perlawanan pertunjukan Futsal sempena dengan acara Ramadan Kick Off. Alhamdulillah...

Seronok betul semalam, rugi sape tak datang, atmosphere perwalanan dengan sokongan penonton yang gamat menjadi perangsang pada team kita, team A main team B support begitulah sebaliknya. Suasana di bangku simpanan memang kecoh betul !

Sebenarnya tiada beza kekuatan antara Team A dengan Team B, dua-dua sama kuat dan ana yakin sebelum perlawanan bermula yang kita boleh menang kedua-dua perlawanan jika kita main bersungguh-sungguh sesuai dengan potensi kita.

Mungkin ada yang tak tahu, sebelum perlawanan antara team A dengan team Dramatis Singapura, bila host tanya player dorang berapa boleh menang, dengan selambanya dia jawab : Kita akan menang 7-0 ! Dia ingat team kita team anak abu ke ? Mungkin dia ingat asatizah ni kaki bangku. : ) Ha ha..Ana senyum je, sebab ana tahu team kita bukan lah macam tu. Bila host tanya Ustaz Ahmad Haris, Ustaz Haris jawab relax je, 1-0 dah cukup. Ya betul, finally kita menang 3-2.

Bahkan kita lead pada satu masa 3-0 ! Kerana keletihan kita dibolosi dua gol pada saat-saat akhir. Apa taknya 20 minit Futsal macam 90 minit main kat padang besar ! Ustaz Haris kita aje dah umur 40 tahun ! Dorang memang skilfull, tapi kalau dah kalah maknanya team kita lagi skilfull lah..kuang-kuang-kuang...

Dalam perlawanan kedua, kita bertemu puladengan team Artis Malaysia gabungan ahli nasyid Brothers, Mirwana & Saujana. Fuh, dorang pun hebat gak, power..main agresif..ganas..malah pada satu ketika kita tertinggal 0-1 tapi berkat tidak putus asa kita, kita dapat kejar dan lead 3-1 sebelum concede lagi satu gol pada minit-minit akhir. Kesian fan dorang hampa : )

Semoga dengan kemenangan ini akan menaikkan imej kita dan menukar persepsi masyarakat bahawa asatizah bukan nya tahu dakwah kat masjid-masjid tetapi juga aktif dalam bersukan malah hebat juga... : )

Barisan pemain ( diambil dari report Ust Ahmad Khushairi )

Asatizah A vs Dramatis Singapura = 3 – 2 (scorer dari asatizah: Ust Bahrul Ulum 1, Ust Raja Muzaffar 2)

Pemain dari Asatizah: Ust Bahrul Ulum, Ust Ahmad Harris, Ust Yusof, Ust Abdul Rahman, Ust Raja Muzaffar (Perdaus), Ust Syed Amin - Keeper (Madrasah Wak Tanjong), Ust Akhmudi (asatizah Masjid En Naeem)

Asatizah B vs Malaysia Nasyid Group = 3 – 2 (scorer dari asatizah: Ust Khushairi, Ust Yusri & Ust Zaheed)

Pemain dari Asatizah: Ust Kamaruzaman, Ust Khushairi, Ust Yusri, Ust Abdul Rahim (Muhammadiyah), Ust Mustaqim (Pergas), Ust Zaheed (Pelajar UIA) & Hasizuddin - Keeper (Pelajar MARSAH).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home