Team Asatizah All Star - Nadi Al-Ittihad

Team ini ditubuhkan pada bulan April 2004 untuk menjadi wadah antara asatizah bergiat dalam sukan bolasepak. Antara anggota team ini ialah asatizah daripada MUIS, Pergas, Perdaus, Madrasah, Para Imam Masjid, Pegawai Agama Masjid, penceramah bebas dan lain-lain.

Monday, August 04, 2008

Update Result (July-Aug)


Salam semua!

Ini makcik Mesir sama Minah mesir kalau team mereka dah menang, diorang "Lulululululu!"

Wah, macam tak percaya team kita menang tadi, macam mimpi! sebab dari segi skill, team lawan nampak lagi bagus!

Semua main bagus, baik yang atasan, ataupun tengah atau defender! Keeper lagi power! yang second keeper pun bagus, pasal tangan masih sakit pun jadi keeper! tak patutlah kena marah pulak kalau bola bolos..

Saiful pun yang selalunya main biasa2 pun tadi main macam menjadi.. at last dapat score satu!

Ana tengok macam permainan Brazil sikit time lawan dengan Spore.. tengok ajalah Brazil main, relax aja pasing2.. one touch two touch..simple.. Dan kita angkat bola dari tepi padang ke tengah gol lawan pun bola cantik2..cuma kepala kita aja macam ada berat jambul sikit haha.

Ana rasa yang buat menang..

1- Simple pasing dan angkat bola dari tepi padang ke gol post lawan memang merbahya!
2- Kita tak kasi chan pemain lawan pegang bola lama2, syabas pemain midfield yang mengacau pemain midfield lawan, sampai susah diorang nak control bola.
3-Pemain penyerang tidak mensia2kan peluang keemasan di depan mata, cuma banyak juga bola depan gol, tapi tendang naik tinggi jadi belon!
4- Defender serta gol keeper juga memainkan peranan penting sehingga 1 gol pun tak bolos dalam 1st half!

Untuk memperbaiki lagi permainan:

1- Pemain penyerang dan midfield kena cuba lagi training shoot bola jauh ke golpost lawan dan bola tidak naik tinggi mcm belon.. satu cara ialah: Posisi badan waktu tendang tu nak kena jaga badan tak kebelakang.. badan kena straight!
2-Musuh utama kita dalam main bola ni bukan pemain lawan, tapi adalah MARAH kita!! Apabila kita marah, hilang 'FOKUS' nak main bola.. main pun dah jadi celaru..akhirnya boleh kena 'RED CARD" keluar padang. Lepas tu kita yang teruk, tinggal 10 orang saja! DAN LAGI TERUK, SEMUA START MAIN KASAR!
So ana harap, Manager, Director dan Kaptain kena jaga2 apabila ada pemain dah kena 'Yellow card" ... kalau nampak ada tanda2 badan dah nak hijau nak jadi HULK, sebaiknya gantikan saja, takut kena keluar padang, kita yang merana 10 orang aja tinggal..

Wokey, sekian dari bilik persalinan..

Fuh Faezin! Ya Rafa! kereta anta boleh pinjam? ingat macam nak round2 kat Janinah Mall yang kat Haiyu Sabie tu!!
Kereta punya spoiler tu tinggi nah, mcm boleh buat sidai baju gitu! haha

Update:

27 Jul
vs Al-Iman
3-3 (Aszami 2 & Faezin 1)

3 Aug
vs Team Farrer Park
5-3 (Hasi 2, Saiful 1, Rahman 1, og 1)


Scorer Chart:

13 Rahman
11 Hasi
10 Khushairi
9 Yusri
7 Raja
4 Syakir & Hamrey
3. Aszami
2 Maksom & Maaz
1 Rahim, Faezin & Saiful

Tuesday, July 08, 2008

Update

Salam ahli Ittihad Football Club Division One!

Alhamdulillah ramai pemain2 terke..'muka' semalam turun padang! sampai members yang kena tunggu 2nd half ramai..4-5 orang tak silap..(mentang2 jersey jembu!)

Cuma nak ingatkan ajalah, kalau dah ramai turun padang, maknanya SEMUA kita2 kena expect akan jadi reserve, samada pemain lama, baru, pemain terkenal, pemain termahal atau pemain celebriti sekalipun, kena expect akan jadi reserve atau keluar padang tgh main, sebab semua datang jauh2 nak main..Alhamdulillah nampaknya semua berjalan dengan baik, yang tunggu 2nd half pun dengan semangat kesukanan yang tinggi, dapat bersabar, begitu juga yang kena keluar padang tgh main..

Cuma kalau dapat Tuan Manager dan Director boleh buat semacam guideline, kalau sekiranya yang datang ramai..cara macam manakah pemain yang akan dipilih untuk main 1st half dulu..kemudian cara macamanakah untuk keluarkan pemain ketika sedang bermain untuk tukar orang. Kalau kita dapat bincangkan di sini, dan buat formulanya, insyaAllah, next time, semua pemain dah tahu sebab2 pemian ini dan itu turun padang dulu..dan kenapa si anu kena diganti orang tengah main sedap2..takut2 ada yang kecik hatikan kena tunggu atau dipanggil keluar.

Tapi kalau yang datang cuma 11 orang aja..tentulah takde jadi masalah..

Anyway, komen ana ttg perlawan semalam memang baik..sampaikan referee kasi 'Thumbs up' seh! Referee puji memang team kita semalam kuat! Rugi Manager tak turun..Kita main macam division one punya..cuma nasib tak menyebelahi kita 4-4

Tentang pemain terbaik..hmmm susah nak pilih..cuma pemain yang macam Lipas kodong tu adalah! siapa lagi..yang 3 orang tulah..Khusairi, Amru ke Amri (alamak sorilah, lupa nama..teringat 'Amru' Mesir tu) sama yang satu pemain baru yang manager beli 10 juta dari Russia ke dari mana tu, hehe..score last gol macam tak agak2..

Syabas defender kerana second half, satu gol pun diorang tak dapat bolos..cuma silap sikit aja, satu termasuk pasal tak sengaja..

Golkeeper jangan kecik hati, biasalah, orang main bola ni ada masa dia up. ada masa dia down..cuma nasihat dari bilik persalinan..

next time sebelum turun padang, kena panaskan badan tangkap2 bola, baring2 sikit dgn bola..so badan dah boleh agak2 bola punya perangai..

Wokey, selamat berihat..badan pun nak kena urut.


Report, Ust Ahmad Harris



6 July 2008

Vs team Ex RI
4-4 ( Khushairi 2 & Rahman 1 - Pen & Nafis 1)

Scorer list setakat ini:

12 Rahman
10 Khushairi
9 Hasiz & Yusri
7 Raja
4 Syakir & Hamrey
2 Maksom & Maaz
1 Rahim & Aszami

Sunday, June 22, 2008

May & June's Game

Keputusan game bulan Mei & Jun:

18 Mei: vs Team JIWA
7-1 (Yusri 2, Khushairi, Hasiz, Syakir, Hamrey & Rahman)

1 Jun: vs Team Suria Mediacorp
2-9 (Hamrey & Khushairi pen)

22 Jun: vs Team Bishan
5-6 (Yusri 2, Raja, Rahman & Maaz)

Sunday, May 18, 2008

Game Power!


Hai, dah lama tak update. Maklum semangat sebab score 2 gol hari ni, patut hat trick tapi entah apasal ref tiup wisel sebab def dan keeper dorang berlaga sesama sendiri.

Attn sangat baik hari ini, mungkin sebab ramai yang ingat kita lawan Muis. Tak dilupakan kita main sangat baik tadi, bayangkan first half dah 5-0! (2 Yusri, Hasiz, Syak/ir, Khushairi) Ana rasa sebab Faezin tak main kot! Haha jangan marah bro. Kalau kau main lagi banyak gol agaknya. Second half kita ada main ada sikit relax tapi tetap dapat lagi 2 gol daripada Hamrey & Rahman (tak berenti score nampak!). Buat makluman team ni lah yang belasah team kita dulu 2-6! Tapi masa tu star ramai tak turun termasuk ana. : )

Macam biasa Nazree main baik tadi, tapi slack lah last minute gol masuk bawah kelengkang! Ingat baru nak clean sheet 7-0. Semua ok. Cuma ana nampak Syakir macam berat sikit lah. Tak kejar bola..Maaz pulak..right back naik sampai depan gol lepas tu turun balik. Cuma gol terbaik pada ana ialah gol Hasiz. Power, macam pro gitu.

Ok. Next game kita akan lawan team Suria Mediacorp. Tapi lepas tu kita akan rest sampai bulan Julai. Ok kan? Sebab last time kita main time cuti sekolah ramai yang cuti. Team Suria ni bukan Team Dramatis, ia gabungan staff Suria dengan artis Suria. Antara yang main ialah Khairudin Samsudin, Rafaat Hamzah, Shahrin Azhar dll.

Lastly, I.Allah ana akan survey jersey minggu ni. Ada sape2 nak ikut? Ana mungkin pergi lunch time. So harap2 nya bila kita lawan Muis betul2 nanti kita dah boleh pakai jersey baru.

Top Scorer Chart Till 18 May:

10 Rahman
9 Hasiz
7 Khushairi & Yusri
6 Raja
4 Syakir
3 Hamrey
2 Maksom
1 Maaz, Rahim & Aszami

Sunday, May 04, 2008

Update Result

23 Mac
vs Waris Pelajar Aljunied
2-6 (Syakir & Hakim)

6 April
vs Member Akhmudi
1-5

20 April
vs Victoria Old Boys
1-6 (Hasiz)

4 Mei
vs Sporting Veteran
8-5 (Khushairi 2, Yusri 2, Hasiz 2, Aszami (import) & Rahman)

Top Scorer Chart Till 4 May:
9 Rahman
8 Hasiz
6 Khushairi & Raja
5 Yusri
3 Syakir,
2 Hamrey & Maksom
1 Maaz & Rahim

Monday, March 03, 2008

Makin Lama Makin Bagus!

Nampaknya prestasi team kita semakin lama semakin baik, semalam kita menang besar walaupun tanpa striker utama Ahmad 'Torres' Khushairi (penjaring terbanyak 2006&2007).

Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut. Ana rasa score semalam antara yang terbesar (11-3) pernah kita sumbat semenjak team kita ditubuhkan. Semalam 'move' kita betul punya menjadi, banyak gerakan cantik. Mungkin kehadiran 'Bob' membuat kita makin mantap kelmarin.

Walaupun mula-mula kita rebuild team ni, asyik kalah teruk je, namun selepas banyak kali main, akhirnya kita telah temui kombinasi dan gandingan yang baik. Ana yakin makin lama kita main kita akan bertambah bagus. Cuma jersey baru kita bila nak beli?

Boleh kita lawan team Muis bulan Mei ini?

Berikut update result setakat ini:

6 Jan
vs Team Sedara Amat
2-9 (1 Og, 1 Yusri)

20 Jan
vs Team Al-Iman
6-6 (3 Rahman, Raja, Khushairi, Rahim)

3 Feb
vs Team Latif kawan Akhmudi
8-6 (3 Hasi, 2 Rahman, 2 Maksom, 1 import)

17 Feb
vs Team Sedara Syakir
8-4 (3 Khushairi, 2 Hasi, 2 Raja & 1 Hamrey)

2 Mac
vs Ennaeem
11-3 (3 Raja, 2 Rahman, 2 Yusri, 2 Syakir, Maaz & Hamrey)


Top Scorer Chart Till 2 March:
7 Rahman
6 Raja
5 Hasiz
4 Khushairi
3 Yusri
2 Syakir, Hamrey & Maksom
1 Maaz & Rahim

Setakat ni setiap match kita sejak 20 Jan, dah 4 pemain jaring hat trick. Rahman, Hasi, Khushairi & Raja. Semoga kita dapat teruskan temasya gol pada perlawanan akan datang. Penjaring terbanyak setakat ni, surprise2 Rahman 'Lampard'. Majority from long distance. Congrats.

Tuesday, January 08, 2008

Kalah lagi..tapi ok lah..

Sekian lama kita tak berjumpa di di alam maya ni. Ana makin sibuk sejak akhir2 ni di ofis hingga tak sempat betul nak update atau announce game akan datang.

Nak sentuh game baru-baru ni, buat yang tak turun kelmarin. Team kita kalah lagi. Teruk. 2-9! (scorer: Own goal, Yusri) Tapi ana lihat ada sesuatu yang positif pada game tu.

Kita dalam peringkat pembangunan semula. Mustaqim, Hakim, Kz (baru wujud kembali), Saiful (injured), Ulum, Rahim, Yusof (meeting dgn Ho Peng Kee), Mameng (baru wujud kembali), Sahat (oversea) etc dah lama tak turun.

Kita ada 4-5 player baru. Pemain-pemain baru ni perlu masa untuk bina kombinasi. Ana sendiri jarang dapat bola, walau depan mata...yang jauh juga dicari :) Teringat kita dulu masa baru start pun selalu kalah, sehinggalah dah jumpa rentak, baru kita memang selalu.

Buat yang baru dan yang lama, kita perlu kembali ikut cara style lama kita, jangan simpan bola lama2..dapat bola passing. Kita main two touch je. Jangan lebih2.

Team amat hari tu memang skill, muda2 pulak tu. Teruk kita. First half 0-6! Second half kita ubah tactic. Defend move up sampai tgh padang, so team lawan susah nak main passing. Midfield pulak perlu rapat dan kacau player lawan. Strategy ini berhasil, akibatnya dorang asyik offside je. Dan kita dapat bersaing dan tewas 2-3 sahaja pada separuh masa kedua.

Jadi kita perlu ambil iktibar dari perlawanan ni. Semoga kita menang perlawanan akan datang.

Ana juga rancang nak survey jersey baru. Kita cari Nike. Orite tak?

Semoga jumpa di lain masa di padang. I.Allah.

Selamat Tahun Baru 2008


Alhamdullah, diam tak diam kita dah masuk tahun baru 2008 dan dah masuk 4 tahun team kita ditubuhkan. Tapi sehingga akhir tahun 2007 kita belum dapat merubah nasib malang team kita ni. Dah 13 perlawanan tanpa menang, 12 daripadanya kita tewas.

Mudah-mudahan tahun baru ni kita akan membuka tirai dengan kemenangan. Doa kan kita menang besok rematch dgn team keluarga Ahmad Khushairi.

Kita imbas kembali perlawanan dan penjaring yang lepas-lepas.

19 Aug - vs BSRI FC

???

2 Sept - Team Family Ghufran
1-3 (Yusri) ???

18 Nov - vs Team AFY
1-1 (Yusri)

2 Dec - vs Team Dramatis
2-5 (Shai, Yusri)

16 Dec - vs Team Refree Azman
4-5 (Hasi 2, Rahman, Maaz)

Sebagai tradisi akhir tahun, berikut adalah senarai penjaring gol sepanjang tahun 2007:

19 gol - Khushairi
11 gol - Rahman

9 gol - Yusri

5 gol - Raja & Ulum

3 gol - Sahat, Faezin, Kz & Syakir

2 gol - Hasi

1 gol - Hakim, Manaf, Harris & Maaz

Sebagai rekod dan imbasan, top scorer chart tahun 2006 adalah seperti berikut:

15 gol - Khushairi
11 gol - Yusri
7 gol - Hasi, Rahman & Raja
2 gol - Amran, Saiful, Faezin, Sahat & Ulum.
1 gol - Manaf, Rahim & Hakim.