Team Asatizah All Star - Nadi Al-Ittihad

Team ini ditubuhkan pada bulan April 2004 untuk menjadi wadah antara asatizah bergiat dalam sukan bolasepak. Antara anggota team ini ialah asatizah daripada MUIS, Pergas, Perdaus, Madrasah, Para Imam Masjid, Pegawai Agama Masjid, penceramah bebas dan lain-lain.

Tuesday, January 08, 2008

Kalah lagi..tapi ok lah..

Sekian lama kita tak berjumpa di di alam maya ni. Ana makin sibuk sejak akhir2 ni di ofis hingga tak sempat betul nak update atau announce game akan datang.

Nak sentuh game baru-baru ni, buat yang tak turun kelmarin. Team kita kalah lagi. Teruk. 2-9! (scorer: Own goal, Yusri) Tapi ana lihat ada sesuatu yang positif pada game tu.

Kita dalam peringkat pembangunan semula. Mustaqim, Hakim, Kz (baru wujud kembali), Saiful (injured), Ulum, Rahim, Yusof (meeting dgn Ho Peng Kee), Mameng (baru wujud kembali), Sahat (oversea) etc dah lama tak turun.

Kita ada 4-5 player baru. Pemain-pemain baru ni perlu masa untuk bina kombinasi. Ana sendiri jarang dapat bola, walau depan mata...yang jauh juga dicari :) Teringat kita dulu masa baru start pun selalu kalah, sehinggalah dah jumpa rentak, baru kita memang selalu.

Buat yang baru dan yang lama, kita perlu kembali ikut cara style lama kita, jangan simpan bola lama2..dapat bola passing. Kita main two touch je. Jangan lebih2.

Team amat hari tu memang skill, muda2 pulak tu. Teruk kita. First half 0-6! Second half kita ubah tactic. Defend move up sampai tgh padang, so team lawan susah nak main passing. Midfield pulak perlu rapat dan kacau player lawan. Strategy ini berhasil, akibatnya dorang asyik offside je. Dan kita dapat bersaing dan tewas 2-3 sahaja pada separuh masa kedua.

Jadi kita perlu ambil iktibar dari perlawanan ni. Semoga kita menang perlawanan akan datang.

Ana juga rancang nak survey jersey baru. Kita cari Nike. Orite tak?

Semoga jumpa di lain masa di padang. I.Allah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home