Team Asatizah All Star - Nadi Al-Ittihad

Team ini ditubuhkan pada bulan April 2004 untuk menjadi wadah antara asatizah bergiat dalam sukan bolasepak. Antara anggota team ini ialah asatizah daripada MUIS, Pergas, Perdaus, Madrasah, Para Imam Masjid, Pegawai Agama Masjid, penceramah bebas dan lain-lain.

Monday, September 19, 2005

Report for match vs Team Perkemas ( 18 Sept )


Alhamdulillah, seperti biasa kita menang lagi. Menang besar pulak tu ! 8-3 beb...mula-mula kita tertinggal 0-1, 1-1, lepas tu kita lead the kena kejar 2-1, 2-2, 3-2, 3-3. Lepas abg Yusri score terus dorang lemah semangat...he heh..

Ana dah pesan hari tu, jgn main betul2 sangat, bagi dorang menang, semua degil..belasah dorang pulak lagi..sedih nanti balik Mesir : )

Ni kira kemenangan kita yang ketiga berturut-turut. ( tak termasuk game Futsal hari tu ) kalau tolak draw kita dengan team IPT, sebelum tu kita dah menang 2 match. So maknanya kita 6main 6 perlawanan tanpa kalah. ( 5 kali menang & 1 kali draw ).

Ramai player tak dpt turun dgn sebab yg bermacam-macam, nisfu sya'ban dan sebagainya. Ada jugak sebab nak tengok Man U lawan Liverpool ! Hmmph, macam2.

Padang teruk sebab lecak..menjejaskan corak persembahan kita..maklumlah kita kan main macam Barcelona hah ha...

Ana harap pada match kita yang terakhir nanti sebelum Ramadan..semua dpt turun k..

Seperti biasa, mari kita lihat komentar Bro Muz kita..


Assalamu'alaikum wr.wb



Komen for this week match...dgn PERKEMAS (Pelajar2 dari Uni.Al-Azhar)

Alhamdulillah...sekali lagi kita mendapat kemenangan.

Keputusannya adalah seperti berikut :

Keputusan: Menang 8-3 (team kita mendahului 3-2 pada separuh masa pertama)

Penjaring : Hasi (3), Raja Muzaffar (1), Yusri (1), A.Rahman (1) & Sabri (2) (Pemain import) -Sila betulkan jika ada kesilapan

Para pemain : Separuh masa pertama - S.Amin (Keeper), Hasi, Zaheed, Yusri, A.Fatah, Akhmudi, R.Muzaffar, Hakim, A.Rahman, Suhaimi (import-kawan Akhmudi) & Sabri (import-pinjam player team Ali -Refree).

Separuh masa ke-2 - Sama seperti 1st half....genap2 11 player yg ada.


Komentar:
Tahniah kpd Hasi krn berjaya menjaring hat-trick.
Alhamdulillah, walaupun ramai pemain utama tidak hadir (sila lihat pemain yg hadir), kita dpt juga mengekalkan kefahaman yg ada...lihat saja keputusannya...hehehehehe
Untuk pengetahuan bahawa sebelum ini kita pernah bermain dgn mrk di padang Taglin tahun lepas...kita menang 4-2.
Sebenarnya kita boleh menang dgn lebih byk goal...tapi akan kan daya sekatat 8 goal sudah memadai...hehehehehe
Any komen from others palayer...silakan......

Next game...2 Okt...penutup sebelum Ramadhan...tunggu maklumat selanjutnya dari Manager Yus

Sekian, wassalam

report by
Bro Muz

Monday, September 05, 2005

Tahniah !

Pertama sekali ana ingin ucapkan tahniah kepada kedua-dua team kita yang telah menang dalam perlawanan pertunjukan Futsal sempena dengan acara Ramadan Kick Off. Alhamdulillah...

Seronok betul semalam, rugi sape tak datang, atmosphere perwalanan dengan sokongan penonton yang gamat menjadi perangsang pada team kita, team A main team B support begitulah sebaliknya. Suasana di bangku simpanan memang kecoh betul !

Sebenarnya tiada beza kekuatan antara Team A dengan Team B, dua-dua sama kuat dan ana yakin sebelum perlawanan bermula yang kita boleh menang kedua-dua perlawanan jika kita main bersungguh-sungguh sesuai dengan potensi kita.

Mungkin ada yang tak tahu, sebelum perlawanan antara team A dengan team Dramatis Singapura, bila host tanya player dorang berapa boleh menang, dengan selambanya dia jawab : Kita akan menang 7-0 ! Dia ingat team kita team anak abu ke ? Mungkin dia ingat asatizah ni kaki bangku. : ) Ha ha..Ana senyum je, sebab ana tahu team kita bukan lah macam tu. Bila host tanya Ustaz Ahmad Haris, Ustaz Haris jawab relax je, 1-0 dah cukup. Ya betul, finally kita menang 3-2.

Bahkan kita lead pada satu masa 3-0 ! Kerana keletihan kita dibolosi dua gol pada saat-saat akhir. Apa taknya 20 minit Futsal macam 90 minit main kat padang besar ! Ustaz Haris kita aje dah umur 40 tahun ! Dorang memang skilfull, tapi kalau dah kalah maknanya team kita lagi skilfull lah..kuang-kuang-kuang...

Dalam perlawanan kedua, kita bertemu puladengan team Artis Malaysia gabungan ahli nasyid Brothers, Mirwana & Saujana. Fuh, dorang pun hebat gak, power..main agresif..ganas..malah pada satu ketika kita tertinggal 0-1 tapi berkat tidak putus asa kita, kita dapat kejar dan lead 3-1 sebelum concede lagi satu gol pada minit-minit akhir. Kesian fan dorang hampa : )

Semoga dengan kemenangan ini akan menaikkan imej kita dan menukar persepsi masyarakat bahawa asatizah bukan nya tahu dakwah kat masjid-masjid tetapi juga aktif dalam bersukan malah hebat juga... : )

Barisan pemain ( diambil dari report Ust Ahmad Khushairi )

Asatizah A vs Dramatis Singapura = 3 – 2 (scorer dari asatizah: Ust Bahrul Ulum 1, Ust Raja Muzaffar 2)

Pemain dari Asatizah: Ust Bahrul Ulum, Ust Ahmad Harris, Ust Yusof, Ust Abdul Rahman, Ust Raja Muzaffar (Perdaus), Ust Syed Amin - Keeper (Madrasah Wak Tanjong), Ust Akhmudi (asatizah Masjid En Naeem)

Asatizah B vs Malaysia Nasyid Group = 3 – 2 (scorer dari asatizah: Ust Khushairi, Ust Yusri & Ust Zaheed)

Pemain dari Asatizah: Ust Kamaruzaman, Ust Khushairi, Ust Yusri, Ust Abdul Rahim (Muhammadiyah), Ust Mustaqim (Pergas), Ust Zaheed (Pelajar UIA) & Hasizuddin - Keeper (Pelajar MARSAH).


Team Al-Ittihad A & B. Dari kiri ( berdiri ) Zaheed, Yusri, Rahim, Raja Muzaffar, Amin, Rahman & Yusof. Duduk dari kiri, Khushairi, Hasi, Akhmudi, Haris & Bahrul Ulum.

Photo bersama team Dramatis Singapura & Team Nasyid dari Malaysia.

Bersama dengan team Nasyid dari Malaysia.

We are the Champion !