Team Asatizah All Star - Nadi Al-Ittihad

Team ini ditubuhkan pada bulan April 2004 untuk menjadi wadah antara asatizah bergiat dalam sukan bolasepak. Antara anggota team ini ialah asatizah daripada MUIS, Pergas, Perdaus, Madrasah, Para Imam Masjid, Pegawai Agama Masjid, penceramah bebas dan lain-lain.

Tuesday, August 23, 2005


Ni gambar pernikahan keeper kita, Syed Amin ! Tahniah.

Laporan Perlawanan Menentang Darul Makmur


Alhamdulillah kita menang lagi ! Walau tanpa ramai pemain utama seperti Saiful Alam, Faezin, Rahman, Hakim, Amin dan lain-lain. Ini membuktikan team kita memang bagus..Ya Allah ! Tak boleh angkat aku, puji team sendiri : )

Kita main cukup relax, banyak main passing..possession football. Power ! Walau ketinggalan tetapi kita tetap kekalkan prestasi dan akhirnya menang dengan jaringan selesa 3-1. Kalau tak kerana padang becak memang teruk team ni kena belasah.

Hah lagi satu, gambar-gambar permainan ada kat bawah ni..tak puas hati boleh click untuk besar kan gambar !

Untuk komentar permainan seperti biasa, mari kita dengar apa kena Raja Muzaffar....

Assalamu'alaikum wr.wb

Komem for this week match...dgn Masjid Darul Makmur

Alhamdulillah...sekali lagi kita mendapat kemenangan.

Keputusannya adalah seperti berikut :

Keputusan: Menang 3-1 (team kita mendahului 2-1 pada separuh masa pertama)

Penjaring
: Ma'som (2) & Hasil (1)

Para pemain
: Separuh masa pertama - Alaina (Keeper)(Injured-tukar Fatah) Sub-A.Rahim, Harith, Hasi, Ahmad Khusairi, Zaheed, Yusri, A.Fatah, Akhmudi, R.Muzaffar, Ma'som & Ali
Separuh masa ke-2 - Fatah (Keeper), A.Rahim, Harith, Hasi, Ahmad Khusairi, Zaheed, Yusri, A.Fatah, Akhmudi, R.Muzaffar, Ma'som & Ali (Mustaqim)

Komentar:
Alhamdulillah, dlm perlawanan ini, ia sebagai macam training gitu...hehehe....cuma masalah padang aje...dah tak ada line...goal pos pulak tak ada net...bukan tu saja....ref sekali dah buih kan kita (tak dtg).......kakakakaka.....but out passing on that day.....byk yg menjadi....lebih lagi 2nd gol by Ma'som......player no.11 cross menjadi (cam Ronaldo passing to Nesturoy waktu kalahkan eventon....hehehehe)....then ma'som heading...bola kena tiang....yg cantiknya dia dlm keadaan jatuh boleh heading for 2nd time...masuk pulak tu...marha marha

Sekian, wassalam
report by
Bro Muz


Tonggak pertahanan kita, Ustaz Abdul Rahim aka Aw Yeong Pak Kuan. ha ha..

Macam berat gitu, tapi percaya tak ? Inilah top scorer kita ! Nak tahu namanya, sila lihat gambar di bawah : )

Tendangan percuma sedang diambil oleh Raja Muzaffar sambil diperhatikan oleh Beckham. Patutnya Beckham yang angkat tau !

Ya Allah, orang sibuk main bola... mamat ni posing pulak !

Fuuh ! terror betul abg yusri bawak bola !

Kesian Ustaz Alaina main sekejap je sebab sakit kaki...

Aik ! Takut air bang : )

Keadaan kelam kabut di hadapan pintu gawang team MDM !

Wednesday, August 17, 2005

Lawan Darul Makmur 21 Ogos

Ok baru ni merupakan ganti match yang cancel minggu lepas, so minggu ni kita ada match lagi. Tapi sebelum tu nak mulakan dgn minggu ahad lepas, kita sebenarnya patut menang dengan selesa 3-0 tapi mereka dapat gok tak aci, satu handball satu lagi penalti bedek nya.

Anyway, walau ketiadaan ramai pemain utama tetapi pemain2 simpanan dari pelajar2 IPT kita telah bermain dengan cemerlang. Kedua-dua gol Ahmad Khushairi memang first class. Powerr !

Utk next match nanti kita akan lawan team Masjid Darul Makmur di padang Blk 302, Yishun Central dekat dengan Yishin North NPC pada jam 5.30 pm.

Team dorang ni terdiri dari budak belia, sukarelawan, staf dan juga LPM. Dorang dah masukkan match ni sebagai salah satu dari acara Hari Keluarga MDM, so kita jgn main sungguh sangat, nanti rosakkan majlis orang : )

Satu lagi, harap nanti masa match jgn lupa ingatkan ana utk ambil gambar, asik lupa je padahal digi cam dah bawak. Ni nak masukkan dalam weblog kita lah.

Ok jumpa di padang nanti !

Ciou

Ulasan Match vs Team Airmark Company

Assalamu'alaikum wr.wb

Ini kali komen ana ringkas.....pasal dtg lambat dan main 2nd half
Alhamdulillah...sekali lagi kita mendapat kemenangan.

Keputusannya adalah seperti berikut :
Keputusan: Menang 3-2 (team kita mendahului 2-1 pada
separuh masa pertama)Penjaring : Khusairi (2) & Ma'som (1)

Para pemain : Separuh masa pertama - S.Amin (Keeper), Harith,
Saiful Alam, A.Rahman,Ahmad Khusairi, Zaheed, Yusri, A.Fatah,
Mustaqim (Ma'az), Hakim & Ali

Separuh masa ke-2 - Syed Amin (keeper), Akhmudi, Harith, Saiful Alam,
Zaheed,A.Rahman, Ma'som, Yusri, Khusairi (Yusuf), Ab Rahim
& Raja Muzaffar

Selamat dtg kepada pemain baru kita A.Fatah & Ali

Komentar:
1st half tak dpt komen...pasal dtg lambat.
2nd half......mungkin ramai dah terasa penat krn kita bermain jam 4ptg
....jadi pergerakan ada sedikit slow...tapi alhamdulillah diakhiri
perlawanan kita menang jugak.

Any komen from others palayer...silakan......


Sekian, wassalam

report by
Bro Muz

Tuesday, August 09, 2005

Latest News

Boring betul semalam tak dapat main sbb padang kat Yishun kena pakai untuk National Day. I.Allah jika tiada halangan minggu ni kita akan main ganti semalam nya match. Doakan kita dapat padang.

Jika tiada halangan kita akan lawan team Airmark ( company tempat keje Ustaz Faezin ) dan minggu berikutnya kita akan lawan Masjid Darul Makmur. Doakan semua ok jadi kita dapat main balik, maklumlah nak dekat sebulan tak main ni, gatal kaki.

Lagi satu pada 4 Sept nanti jika semuanya berjalan lancar, kita akan dijemput untuk perlawanan pertunjukan Futsal dgn team artis sempena Ramadan Kick Off. Detailnya nanti akan diberitahu oleh Ustaz Ahmad Khushairi.

Ciou...

Ulasan Match Yang Telah Lalu


Ulasan dan Komen Daripada Ustaz Raja Muzaffar :

20 Julai

Assalamu'alaikum wr.wb

Alhamdulillah...setelah 2 kali berturut2 kita menang....pada minggu ini kita seri pula...kali ini dari team Pelajar2 IPT, sepatutnya team kita lawan dgn Cargo Airport, oleh krn pihak mrk ada kematian, mrk tak dpt hadir. Keputusannya adalah seperti berikut :

Keputusan: Seri 5-5 (team kita mendahului 4-1 pada separuh masa pertama)

Penjaring : Raja (2), Yusri (2) & Ma'som 1

Para pemain : Separuh masa pertama - S.Amin (Keeper), Akhmudi (manaf), Harith, Saiful Alam, A.Rahman, Ahmad Khusairi, Zaid, Yusri, Hasi, Ma'som & R.Muzaffar

Separuh masa ke-2 - Syed Amin (keeper), Akhmudi, Harith, Manaf, Saiful Alam, Zaid, Mustaqim, A.Rahman, Maqsum, Yusri & R.Muzaffar. Hasi & Khusairi dipinjamkan kpd team lawan.

Komentar:

Utk separuh masa pertama, oleh kerana ramai pemain adalah pemain lama, jadi kefahaman baik sekali sehingga dpt menjaring 4 gol. Akan tetapi pada masa ke-2, apabila midfield kita Khusairi & Hasi bermain utk pihak lawan, team kita ada sedikit goyang dibahagian tengah, tapi alhamdulillah kita dpt bertahan hingga akhir perlawanan, terimakasih kpd Manager kita krn dpt menjaringkan gol melalui penalti pd saat2 akhir dimana keputusan seri yg kita perolehi.

Dikesempetan ini, ana ingin mengucapkan SYABASSSSSS kpd penjaga gol kita S.Amin krn bermain dgn cemerlang dgn menyelamat beberapa cubaan bahaya, jika tidak mungkin 10 gol kita kena...MARHAAAAA MARHAAAAA......mungkin dia bermain dgn baik krn darah manis...hehehehe...tungggguuu 31 Julai.

4 Julai

Assalamu'alaikum wr.wb

Alhamdulillah...2 kali berturut2....team kita berjaya menewaskan pasukan lawan...kali ini dari team Masjid Al-Iman. Keputusannya adalah seperti berikut :

Keputusan: Menang 5-3 (4-1 pada separuh masa pertama)

Penjaring : Faezin (2), Ahmad Khusairi, Mustaqim (petama menjaringkan gol) & R.Muzaffar

Para pemain : Separuh masa pertama - Hasi (Keeper), Akhmudi, Harith, Yusof (Farid), Azam, Saiful Alam, A.Rahman, Ahmad Khusairi, Mustaqim, Faezin & R.Muzaffar

Separuh masa ke-2 - Syed Amin (keeper), Akhmudi (sub by player jemputan), Harith, Manaf, Saiful Alam, Hasi, Zaid, Faezin (sub by player jemputan), A.Rahman, Maqsum & player jemputan.

Kali ini ramai pemain jemputan yg hadir.

Komentar:

Utk separuh masa pertama, oleh kerana ramai pemain adalah pemain lama, jadi kefahaman baik sekali sehingga dpt menjaring 4 gol. Akan tetapi pada masa ke-2 ramai dikalangan pemain adalah pemain jemputan, masih nampak kurang kefahaman oleh itu hanya dapat menjaringkan 1 gol saja. Walaubagaimana pun Ana ucapkan syabas kerana pada akhirnya team kita dapat mengalahkan team lawan.....Marhaaaaa marhaaaaa

Disini ana ingin ucapkan terima kasih kpd Ustaz Ulum walaupun beliau tidak dpt bermain, beliau dpt memberikan moral support dgn sokongan di luar padang.

Any komen from others player...silakan......


20 Jun

Assalamu'alaikum wr.wb

Alhamdulillah,,,setelah tewas di beberapa perlawanan akhirnya tanpa putus-asa...menang juga, kita diberitahu akan bermain dgn driver taxi...tapi mrk hantar wakil anak2 drebar taxi atau penumpang taxi....hehehehe

Keputusan : mng 5-2

Penjaring : Bro Muz (1) dan Maqsoom (4)..powerrrrrrrrrrrrrrrr (ketinggalan 0-2 pd masa pertama)

Para pemaian : Asri (jika salah nama, harap betulkan), Harith, Syed Mustafa (Azam), Manaf, Saiful (pemain baru), Mustaqim (Maqsoom), Saiful Alam, Ahmad Khusairi, Hakim, A.Rahman, R.Muzaffar.

Ref : Tidak hadir...tak leh harap....dah 2 kali kena buih dgn beliau....harap Manager Yus...leh dpt ref baru (cadangan aje)...hehehehe

Alhamdulillah perlawanan semalam kita bermain begitu enjoy sekali terutama separuh masa ke-2....alhamdullillah dgn masuknya Maqsoom pd masa ke-2..pemainan kita begitu rancak sekali.....penat tu penat juga...tapi dgn keputusan pd akhir permainan penat semua hilang...kekekeke....

Any komen from others playerssssssssssssssssssss

Sekian, harap maklum

Majulah utk Sukan

Bro Muzaffar

Monday, August 01, 2005

Update Match Result

Sori kerana lama tak update blog ni. Sibuk kebelakangan ni..

Anyway di bawah ni result match kita yang lepas-lepas :

17 Julai - Bekas Pelajar Madrasah Aljunied. Kita draw 5-5. ( Raja 2, Yusri 2 & Maasom 1 )

3 Julai - Vs Al-Iman. Kita menang 5-3 ( Faezin 2, Khushairi 1, Mustaqim 1 & Raja 1 )

19 Jun - Vs team anak-anak drebar taxi. Kita menang 5-2 ( Raja Muzaffar 1, Maasom 4 !!! )

For match dengan team pelajar mad. Aljunied kita lead 4-1 first half..tapi akhirnya kita draw..takpelah. I.Allah next match kita akan lawan team kawan Ust Haris then kita akan lawan team Airmark, company nya Ustaz Faezin.

Tahniah kepada keeper kita Syed Amin kerana telah selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya. I.Allah next match enyta boleh cuti, sebab Ustaz Alaina dah boleh buat comeback. Selamat kembali Ustaz Alaina !

Jumpa lagi !