Team Asatizah All Star - Nadi Al-Ittihad

Team ini ditubuhkan pada bulan April 2004 untuk menjadi wadah antara asatizah bergiat dalam sukan bolasepak. Antara anggota team ini ialah asatizah daripada MUIS, Pergas, Perdaus, Madrasah, Para Imam Masjid, Pegawai Agama Masjid, penceramah bebas dan lain-lain.

Monday, March 03, 2008

Makin Lama Makin Bagus!

Nampaknya prestasi team kita semakin lama semakin baik, semalam kita menang besar walaupun tanpa striker utama Ahmad 'Torres' Khushairi (penjaring terbanyak 2006&2007).

Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut. Ana rasa score semalam antara yang terbesar (11-3) pernah kita sumbat semenjak team kita ditubuhkan. Semalam 'move' kita betul punya menjadi, banyak gerakan cantik. Mungkin kehadiran 'Bob' membuat kita makin mantap kelmarin.

Walaupun mula-mula kita rebuild team ni, asyik kalah teruk je, namun selepas banyak kali main, akhirnya kita telah temui kombinasi dan gandingan yang baik. Ana yakin makin lama kita main kita akan bertambah bagus. Cuma jersey baru kita bila nak beli?

Boleh kita lawan team Muis bulan Mei ini?

Berikut update result setakat ini:

6 Jan
vs Team Sedara Amat
2-9 (1 Og, 1 Yusri)

20 Jan
vs Team Al-Iman
6-6 (3 Rahman, Raja, Khushairi, Rahim)

3 Feb
vs Team Latif kawan Akhmudi
8-6 (3 Hasi, 2 Rahman, 2 Maksom, 1 import)

17 Feb
vs Team Sedara Syakir
8-4 (3 Khushairi, 2 Hasi, 2 Raja & 1 Hamrey)

2 Mac
vs Ennaeem
11-3 (3 Raja, 2 Rahman, 2 Yusri, 2 Syakir, Maaz & Hamrey)


Top Scorer Chart Till 2 March:
7 Rahman
6 Raja
5 Hasiz
4 Khushairi
3 Yusri
2 Syakir, Hamrey & Maksom
1 Maaz & Rahim

Setakat ni setiap match kita sejak 20 Jan, dah 4 pemain jaring hat trick. Rahman, Hasi, Khushairi & Raja. Semoga kita dapat teruskan temasya gol pada perlawanan akan datang. Penjaring terbanyak setakat ni, surprise2 Rahman 'Lampard'. Majority from long distance. Congrats.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home