Team Asatizah All Star - Nadi Al-Ittihad

Team ini ditubuhkan pada bulan April 2004 untuk menjadi wadah antara asatizah bergiat dalam sukan bolasepak. Antara anggota team ini ialah asatizah daripada MUIS, Pergas, Perdaus, Madrasah, Para Imam Masjid, Pegawai Agama Masjid, penceramah bebas dan lain-lain.

Tuesday, July 08, 2008

Update

Salam ahli Ittihad Football Club Division One!

Alhamdulillah ramai pemain2 terke..'muka' semalam turun padang! sampai members yang kena tunggu 2nd half ramai..4-5 orang tak silap..(mentang2 jersey jembu!)

Cuma nak ingatkan ajalah, kalau dah ramai turun padang, maknanya SEMUA kita2 kena expect akan jadi reserve, samada pemain lama, baru, pemain terkenal, pemain termahal atau pemain celebriti sekalipun, kena expect akan jadi reserve atau keluar padang tgh main, sebab semua datang jauh2 nak main..Alhamdulillah nampaknya semua berjalan dengan baik, yang tunggu 2nd half pun dengan semangat kesukanan yang tinggi, dapat bersabar, begitu juga yang kena keluar padang tgh main..

Cuma kalau dapat Tuan Manager dan Director boleh buat semacam guideline, kalau sekiranya yang datang ramai..cara macam manakah pemain yang akan dipilih untuk main 1st half dulu..kemudian cara macamanakah untuk keluarkan pemain ketika sedang bermain untuk tukar orang. Kalau kita dapat bincangkan di sini, dan buat formulanya, insyaAllah, next time, semua pemain dah tahu sebab2 pemian ini dan itu turun padang dulu..dan kenapa si anu kena diganti orang tengah main sedap2..takut2 ada yang kecik hatikan kena tunggu atau dipanggil keluar.

Tapi kalau yang datang cuma 11 orang aja..tentulah takde jadi masalah..

Anyway, komen ana ttg perlawan semalam memang baik..sampaikan referee kasi 'Thumbs up' seh! Referee puji memang team kita semalam kuat! Rugi Manager tak turun..Kita main macam division one punya..cuma nasib tak menyebelahi kita 4-4

Tentang pemain terbaik..hmmm susah nak pilih..cuma pemain yang macam Lipas kodong tu adalah! siapa lagi..yang 3 orang tulah..Khusairi, Amru ke Amri (alamak sorilah, lupa nama..teringat 'Amru' Mesir tu) sama yang satu pemain baru yang manager beli 10 juta dari Russia ke dari mana tu, hehe..score last gol macam tak agak2..

Syabas defender kerana second half, satu gol pun diorang tak dapat bolos..cuma silap sikit aja, satu termasuk pasal tak sengaja..

Golkeeper jangan kecik hati, biasalah, orang main bola ni ada masa dia up. ada masa dia down..cuma nasihat dari bilik persalinan..

next time sebelum turun padang, kena panaskan badan tangkap2 bola, baring2 sikit dgn bola..so badan dah boleh agak2 bola punya perangai..

Wokey, selamat berihat..badan pun nak kena urut.


Report, Ust Ahmad Harris



6 July 2008

Vs team Ex RI
4-4 ( Khushairi 2 & Rahman 1 - Pen & Nafis 1)

Scorer list setakat ini:

12 Rahman
10 Khushairi
9 Hasiz & Yusri
7 Raja
4 Syakir & Hamrey
2 Maksom & Maaz
1 Rahim & Aszami

0 Comments:

Post a Comment

<< Home