Team Asatizah All Star - Nadi Al-Ittihad

Team ini ditubuhkan pada bulan April 2004 untuk menjadi wadah antara asatizah bergiat dalam sukan bolasepak. Antara anggota team ini ialah asatizah daripada MUIS, Pergas, Perdaus, Madrasah, Para Imam Masjid, Pegawai Agama Masjid, penceramah bebas dan lain-lain.

Wednesday, August 17, 2005

Lawan Darul Makmur 21 Ogos

Ok baru ni merupakan ganti match yang cancel minggu lepas, so minggu ni kita ada match lagi. Tapi sebelum tu nak mulakan dgn minggu ahad lepas, kita sebenarnya patut menang dengan selesa 3-0 tapi mereka dapat gok tak aci, satu handball satu lagi penalti bedek nya.

Anyway, walau ketiadaan ramai pemain utama tetapi pemain2 simpanan dari pelajar2 IPT kita telah bermain dengan cemerlang. Kedua-dua gol Ahmad Khushairi memang first class. Powerr !

Utk next match nanti kita akan lawan team Masjid Darul Makmur di padang Blk 302, Yishun Central dekat dengan Yishin North NPC pada jam 5.30 pm.

Team dorang ni terdiri dari budak belia, sukarelawan, staf dan juga LPM. Dorang dah masukkan match ni sebagai salah satu dari acara Hari Keluarga MDM, so kita jgn main sungguh sangat, nanti rosakkan majlis orang : )

Satu lagi, harap nanti masa match jgn lupa ingatkan ana utk ambil gambar, asik lupa je padahal digi cam dah bawak. Ni nak masukkan dalam weblog kita lah.

Ok jumpa di padang nanti !

Ciou

0 Comments:

Post a Comment

<< Home