Team Asatizah All Star - Nadi Al-Ittihad

Team ini ditubuhkan pada bulan April 2004 untuk menjadi wadah antara asatizah bergiat dalam sukan bolasepak. Antara anggota team ini ialah asatizah daripada MUIS, Pergas, Perdaus, Madrasah, Para Imam Masjid, Pegawai Agama Masjid, penceramah bebas dan lain-lain.

Monday, February 19, 2007

Laporan Game 18 Feb vs Team Teachers

Ni update dari game tadi.

Kita menang besar hari ni 10-3 ! Hasil jaringan Sahat 3, Rahman 3, Yusri 2, Hakim & Manaf.

Team dorang sebenarnya bagus, mula2 tu memang kena monyet jer kita, cara main macam team Hj Matin hari tu, tapi lepas tu kita ubah tactical sikit, supaya midfield dapat pressure sikit bila tiap kali dorang dapat bola, biar dorang tak boleh sesuka hati passing, alhamdulillah berkesan especially Hakim main macam Sissoko tadi. Dan fnishing kita pun lebih power.

Cuma ana nak mention 2 pemain team B yang join kita tadi iaitu Hasrudi dan Nuzaihan. Nuzaihan bagus main back. Boleh panggil lagi. Hasrudi pulak main keeper ganti Amin ( injured ) main dgn cemerlang betul, ana ingat ada 3 brilliant save dia buat, memang bola gol punya tu.







0 Comments:

Post a Comment

<< Home